1 Aplikasi seni dalam pendidikan
Seni
merupakan sesuatu yang subjektif untuk digambarkan. Seni itu indah dan halus.
Seni bukan sahaja diaplikasikan dalam satu bidang tetapi dalam beberapa bidang
seperti seni suara, seni tari dan seni lakon. Kesemua seni yang dinyatakan tadi
merupakan seni yang memerlukan pergerakan, suara, dan ekspresi dalam melahirkan
sesuatu yang indah dari dalam diri kita. Seni juga diaplikasikan dalam
pengajaran. Pengajaran memerlukan pemahaman dan pemahaman memerlukan tarikan yang
menarik dan kreatif. Seni yang disematkan dalam setiap pengajaran haruslah
memberi satu nilai dalam jangka masa yang panjang dan memberi impak yang
positif untuk seseorang individu.
“Seni
adalah hasil daripada kreatif dan kritis dari pemikiran seseorang manusia yang
diolah secara halus dan sederhana”. (Pahlawi Web Al. Mei 2007). Kenyataan tadi
mendefinisikan seni sebagai satu pergerakan yang dinamik dan pemikiran logik
manusia yang diwujudkan melalui ketekunan dan kehalusan budi yang ditentukan
oleh ilmu, moral, dan ketakwaan manusia terhadap sang pencipta. Seni juga
merupakan satu disiplin ilmu yang bersama-sama terbentuk dalam mencapai
kedewasaan akhlak dan tabiat seseorang muslimseperti jujur, rajin , taqwa serta
sabar. Apabila dasar pembelajaran seni ini diterapkan, pembelajaran menjadi
lebih lengkap dari pelbagai aspek.
Seni dalam
pendidikan merupakan sesuatu yang baru dan ianya menggabungkan tiga elemen
penting. Elemen-elemen tersebut ialah seni visual, seni pergerakan dan juga
seni muzik. Dalam seni visual ianya lebih melibatkan lukisan, manakala seni
pergerakan melibatkan penggunaan ruang dalam sesuatu aktiviti dan seni muzik
pula lebih kepada interpretasi seseorang terhadap muzik yang didengari. Warna
merupakan elemen yang penting dalam kehidupan. Tanpa warna kehidupan akan
menjadi tidak bermakna. Semestinya, kehidupan akan menjadi bosan dan tidak
menarik. Warna juga turut digunakan dalam seni dalam pendidikan iaitu dalam
komponen Pendidikan Seni Visual. Warna memainkan peranan yang penting dalam
menggambarkan sesebuah kebudayaan, emosi. dan maksud dalam karya seni visual.
Irama
merupakan elemen yang terdapat dalam seni muzik. Irama dapat dinyatakan sebagai
rentak yang berlaku secara berulang. Sesuatu irama itu boleh dinikmati sewaktu
kita mendengar muzik. Irama yang menarik dalam sesuatu muzik akan mempengaruhi
seseorang untuk mendengar muzik tersebut berulang kali. Dalam kehidupan kita
seharian, kita semestinya akan menemui pelbagai irama. Sebagai contoh bunyi
tapak kaki, bunyi degupan jantung, bunyi titisan air di sinki dan sebagainya.
Semua ini merupakan irama yang wujud disekeliling kita tanpa kita sedari dan
kebanyakan ianya berlaku setiap masa.. Dalam pendidikan seni, irama digambarkan
sebagai sesuatu susunan corak yang berulang dan susunan sekata yang mewujudkan
pergerakan.
Kanak-kanak
akan mula memahami sesuatu kemahiran yang berbentuk irama sewaktu mereka
melakukan aktiviti seperti melompat, bergerak ke kiri dan ke kanan, menari,
melukis corak dan sebagainya. Sebenarnya irama dapat meransang minda
kanak-kanak untuk memberikan tumpuan apa yang sedang dilakukan. Tanpa kehadiran
muzik, sudah semestinya sesuatu aktiviti itu menjadi hambar dan murid akan
merasa cepat bosan. Selain itu, kehadiran Irama dalam aktiviti yang dilakukan
secara tidak langsung menarik minat kanak-kanak untuk menyertai sesuatu aktviti
dengan lebih seronok dan bersemangat. Kanak-kanak akan merasa lebih seronok
melakukan aktviti seperti melompat sambil mengikut irama muzik.
Irama yang
diaplikasikan dalam pengajaran akan menjadikan pelajar banyak melakukan
pergerakan dan secara tidak langsung, elemen yang ketiga dipenuhi.
Elemen-elemen seni dalam pengajaran ini menjadi satu hubung kait yang kukuh
dalam menjadikan pengajaran lebih efektif dan kreatif. Kanak-kanak akan menjadi
lebih terdorong untuk memahami sesuatu perkara secara seronok. Kesimpulannya,
guru perlu mengambil langkah dalam memanipulasikan elemen seni dalam pengajaran
supaya pengajaran mereka akan menjadi lebih berkesan.
Menurut
Kenneth M.Lansing ( 1973 ) dalam bukunya Art, Artist dan Art Education
menyatakan bahawa aktviti pendidikan seni yang wujud boleh berfungsi sebagai
satu cabang komunikasi. Kebolehan guru dalam menyampaikan pengajaran dan
menggunakan kaedah yang betul akan dapat memenuhi keperluan. Selain itu, guru
perlulah memahami dan menghayati kurikulum dan menguasai Sukatan Pelajaran
Pendidikan Seni Visual. Kemahiran guru dalam mengolah sukatan pelajaran dengan
menumpukan kepada perkembangan pengetahuan dan peningkatan kemahiran tertentu
dengan menggunakan pelbagai pendekatan dan teknik yang sesuai. Seni Dalam
Pendidikan sebenarnya memberi peluang kepada kanak-kanak untuk meneroka alam
sekeliling mereka, yakni apa yang mereka lihat, sentuh,bergerak dan berfikir
dalam setiap aktviti pembelajaran yang mereka lakukan. Melalui cara ini, secara
tidak langsung, ia mengajar murid untuk menguruskan sumber imaginasi,
kreativiti, pemikiran, serta emosi dengan lebih efektif dan proaktif.
2 Kepentingan seni dalam pendidikan kepada
pendidik
Seni dalam pendidikan adalah untuk membantu perkembangan menyeluruh
danseimbang setiap insan dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani selari
denganFalsafah Pendidikan Negara. Seni dalam pendidikan bermatlamat untuk
menyediakan guru permulaan sekolah rendah dengan pengetahuan dan kemahiran
untuk mengintergrasikan aktiviti Seni Visual, Muzik dan Pergerakan dalam proses
pengajaran dan pembelajaran pelbagai bidang matapelajaran lain. Melalui
aktiviti ini, ianya akan dapat mendorong kanak-kanak menggunakan imaginasi,
ekspresi, inkuiri dan kecerdasan pelbagai. Integrasi seni dalam pendidikan akan
mambantu dan memudahkan lagi guru dalam melaksanakan proses pengajaran dan
pembelajaran dengan mengaplikasikan teori-teori pembelajaran dalam proses
tersebut terutama di sekolah rendah. Di antara faedah dan kepentingan seni
kepada seorang pendidik seperti:
a)
Melahirkan guru yang kreatif, inovatif, peka, berpesonalti yang
berketrampilan dan professional.
Menurut Leonardo da Vinci iaitu seorang seniman, jurutera, anatomis dan
saintis menyatakan bahawa dengan penghayatan seni yang betul, ianya akan
memotivasikan kita untuk menjadi seorang guru yang kreatif, inovatif,
peka,berpesonaliti yang seimbang, berketrampilan dan professional. Guru yang
kreatif dan inovatif mampu menarik perhatian atau tumpuan pelajar untuk belajar
dengan lebih yakin dan berkesan. Contohnya melalui aktiviti seni visual, muzik
dan pergerakan, guru dapat membantu murid-muridnya melibatkan diri secara aktif
dalam pembelajaran dan mendorong kanak-kanak menggunakan imaginasi, eksperesi,
inkuiri dan kecerdasan kepada murid-murid dan ini akan lebih menyeronokkan
murid-murid tersebut.
b) Membantu guru melaksanakan dengan mudah proses pengajaran dan
pembelajaran.
Seni membantu para guru dalam memahami diri dan persekitaran. Aktiviti
seni visual, muzik dan pergerakan memudahkan proses menghubungkait semua benda
dalam alam ini. Dengan demikian, seni dapat membantu untuk mengaktifkan proses
pembelajaran dan perpindahan pembelajaran.
c) Guru senang mencapai objektif atau matlamat.
Integrasi seni visual, muzik dan pergerakan dengan pelajaran yang lain
membantu dalam mengimbangkan perkembangan otak kiri dan kanan. QuadrantConcept
(1991) oleh Hermann menunjukkan perkembangan otak kiri dan kanan,menyatakan
bahawa seni membantu pemikiran yang rasional dan intuitif seseorang terutama
untuk guru agar mereka dapat menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran
dengan berkesan. Justeru itu, dengan pengetahuan tentang keistimewaan seni,
guru senang mencapai objektif dan matlamat dalam pengajaran dan pembelajaran.
d) Guru
dapat mempelbagaikan teknik dan strategi dalam pangajaran dan
pembelajaran.
Dalam Teori Kecergasan Manusia, Gardner (1983) mengesyorkan bahawa
terdapat tujuh jenis kecergasan tetapi kebanyakkan sekolah memberi penekanan
kecergasan linguistik dan matematik sahaja.Kecergasan lain mungkin akan
hilang.Teori ini menyokong seni perlu diberi peranan yang penting dalam
kurikulum, ini kerana manusia memperolehi pengetahuan melalui pelbagai
kecergasan dan juga melalui perbagai teknik pengajaran. Oleh itu, guru
hendaklah menggunakan pelbagai teknik dan strategi serta kelebihan diri untuk
menggalakkan murid mencapai objektif kendiri dalam melancarkan lagi proses
pengajaran dan pembelajaran. Pendidikan Seni menyarankan strategi pembelajaran
yang bersepadu. Dalam setiap kegiatan seni perkara seperti pemupukan nilai dan
pemahaman unsur seni dihubungkaitkan dengan kemahiran asas seni. Cara bekerja
yang teratur, cermat dan selamat dalam proses membuat sentiasa ditegaskan
3
Faedah yang diperolehi melalui
pembelajaran Seni Dalam Pendidikan ialah:-
1 Pengalaman
optima melalui seni membawa kepada keyakinan diri dan
kemahiran
belajar.
2)
Memperkembangkan kemahiran meneroka, pengalaman dan ekspresi.
3)
Menggalakkan pembelajaran seumur hidup secara menyeluruh.
4) Belajar
cara belajar-aplikasi informasi secara berkesan.
5)
Penghubungkait, gerak hati, celik akal dan kecergasan “Lateral Leaps”
4 Kesimpulan
Secara kesimpulannya,
seni dalam pendidikan adalah sangat penting dalam proses pengajaran dan
pembelajaran. Hal ini kerana, pengajaran seni dalam pendidikan dapat memupuk
minat pelajar serta menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran menyeronokkan
dan tidak lagi membosankan. Oleh itu, guru harus mengaplikasikan seni dalam
pengajaran untuk memastikan penyampaian pengajaran guru tersebut dapat
merangsang kearah pembelajaran yang berkesan. Di samping dapat mengalakkan
pelajar bergerak aktif ketika proses P&P ini berlangsung kerana tertarik
dengan kaedah yang digunakan ini.
Thanks for sharing
ReplyDeleteMaklumat yang sangat berguna.
ReplyDeletegood,nice meet u again.
ReplyDeleteTerima kasih dengan perkongsian ini. GBU
ReplyDeleteterima ksaih berjuta
ReplyDeleteLas Vegas: When Will The Doors Close at Casino?
ReplyDeleteNo, Las Vegas 구미 출장샵 is 삼척 출장안마 a casino. It's a non-stop fun 서귀포 출장마사지 experience. Wynn Las Vegas, the hotel's 정읍 출장샵 all-suite resort with all-you-can-eat dining, 창원 출장마사지 a